Followers

Tuesday, July 20, 2010

KAU KEKASIHKU


coretan ini adalah rekaan semata-mata untuk sesiapa yg sudah berkahwin atau yang single pown boleh baca untuk suka2..hehe..


hadirmu bagai sinar mentari pagi..menerangi lorong kelam lagi sunyi yang selama ini ku lalui..melenyapkan kedukaan yang bagai berkurun lama memenjara jiwaku dalam sepi...terasa kini,bahagia ada di mana-mana...hanya dirimu yang bertakhta dihati....

pandanglah ke dalam mataku...selamilah jauh hingga ke dasarnya...pasti yang akan kau lihat adalah rinduku terhadapmu...tapi,apakah getaran cinta yang meruntun hati hanya aku sahaja yang merasakannya???Zairi....hatimu sebenarnya untuk siapa?? mengapa kau terus membisu pada ketika aku amat yakin yang aku bukan berbayang seorang diri?? aku tahu cintaku berbalas...tapi,mengapa tak pernah sekali pun kau melafazkannya???

aku tahu perkahwinan bukan janji syurga....bukan janji bahagia,tapi sepenuh hati dan jiwa aku pertaruhkan...aku sangka kita berkongsi impian yang serupa dalam membina istana bahagia,tapi rupa-rupanya kehadiranku bagai tak bermakna apa-apa..reaksimu dingin dan beku...menghampakan..melontar diriku ke lembah duka nestapa..

ahhh lelaki ....apakah sememangnya dilahirkan untuk melukakan hati perempuan???? dan perempuan pula,selama mana harus membiarkan hati terus terluka???

No comments:

Post a Comment