Followers

Tuesday, November 9, 2010

MASA BERCINTA+LEPAS KAHWIN !!

MASA BERCINTA


engkau suka aku pun suka
ke mana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas, basikal pun takpa
jalan tengah panas pun takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semua suka tiada duka


masa engkau suka
aku pun suka
durian yg engkau suka aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yg engkau suka,
aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa


masa engkau suka
aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

masa engkau suka
aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape
tudung kau senget aku kata takpe.
gigi kena lipstik aku tak kisah juga
engkau tetap cantik jelita

masa engkau suka
aku pun suka
aku pakai apapun tak ape,
lupa pakai tali pinggang pun tak ape,
T shirt koyak kat ketiak pun tak ape,
Lupa cukur misai pun tak ape,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.


BARU KAHWIN...

kau sangat
suka, aku lagilah suka
macam dunia kita yg punya dua minggu
terperap dalam bilik aje sampai
makan pun selalu terlupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa kau sangat suka, aku lagilah suka
hari-hari tiga empat pinggan tempe kau goreng utk aku saja bila anak dua
lain pulak cerita,
kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab petai yg engkau suka
aku sangat tak suka
mana taknya, bilik air jadi hancing jadinya
mungkin salah aku juga
manjakan engkau sangat dengan petai saja

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab hari-hari aku nak tempe aje
sampai kau jemu menggoreng jadinya
mulalah komplen aku anak jawa
sendawa pun bau tempe aje,
tapi salah kau juga
kau tak pandai nak masak yang lainnya.

sampai sekarang ni aku pun tertanya-tanya suka ke tak suka?..

BILA TANPAMU DISISI !!!

sepi yang beralun bagai irama
mengiringi kerinduanku bagai senikata
kubercanda sendirian dengan kerlipan bintang
berbisik sayu di angin lalu
terusiklah hatiku saat berjauhan darimu…

sinar purnama yang melimpah indah
tidak seindah budiku…
harumnya bunga yang sedang mekar
tidak seharum dan semekar kasihmu…
mahalnya sebutir permata yang berkilau
tidak semahal pengorbananmu
segalanya begitu berharga
kerana kau membuat diriku merasa dihargai…

bila tanpamu… semakin kusedari
kaulah yang istimewa untukku
kerana membuatku merasa istimewa…

Saturday, August 21, 2010

BESTFRIEND

arigatou
kimi ga ite kurete hontou yokatta yo
donna toki datte itsumo
waratte irareru
tatoeba, hanarete itemo nannen tatte mo
zutto kawaranai deshou
watashitachi Best Friend
suki dayo, daisuki da yo

konna osoi jikan ni gomen ne
hitori ja seppa tsumatte kita no
kimi no koe sukoshi kike tara
ganbareru

nande mo uchi ake rareru
mama ni mo ienai koto mo zenbu
dare yori mo wakatte kureru

ureshii toki wa jibun no koto mitai ni yorokonde kurete
dame na toki wa chanto shikatte kureru sonzai

arigatou
kimi ga ite kurete hontou yokatta yo
donna toki datte itsumo
waratte irareru
tatoeba, hanarete ite mo nannen tatte mo
zutto kawaranai deshou
watashitachi Best Friend
suki da yo, daisuki da yo

tsuyoga tte mo sugu ni bareteru
hekonderu toki wa
massaki ni meru kureru yasashi sani
mou nando mo sukuwa rete

naki tai toki wa omoikkiri nake baii
soba ni iru kara tte
dare yorimo tsuyoi mikata

sonna kimi ni watashi wa nanika shite agerareteru kana?
nanika attarasuguni ton dekukara, zettai

arigatou
kimi ga ite kurete hontou yokatta yo
donna toki datte itsumo
waratte irareru
tatoeba, hanare teitemo nannen tatte mo
zutto kawaranai desho
watashitachi Best Friend
suki dayo, daisuki dayo

donna toki mo inotte iru yo
sekai de ichiban ni shiawase ni natte hoshii

arigatou
kimi ga ite kurete hontou yokatta yo
donna toki datte itsumo
waratte irareru
tatoeba, hanare teitemo nannen tatte mo
zutto kawaranai desho
watashitachi Best Friend
suki dayo, daisuki dayo

Sunday, August 8, 2010

Syamil

Syamil - Hasbi Robbi

UNTUK KEKASIHKU SEORANG!!!

Dalam keheningan malam
Ditemani angin malam
Yang menusuk ulu hati
Kusedari betapa berertinya
Dirimu bagiku

KASIH.....
Kau selalu ada
Dalam senda,tawa dan air mata
Selalu hadir
Di seluruh nafas hidupku

KASIH.....
Kau telah membuatku terbuai mesra
Dalam indahnya kemilau untaian kata cinta
Kau seperti lilin kecil
Penerang dalam pekatnya malam gulita
Kau seperti bintang timur
Pemandu bagi pelaut yang kehilangan arah
Kaulah insan penawar rinduku

KASIH.....
Ku ingin kau disini bersamaku
Menjemput mahligai cinta kita berdua
Mengharungi bahtera hidup ini
Dalam satu cinta
Dari dua insan yang berbeza

Friday, July 23, 2010


God Ask Me How Long I Planned On Keeping U IN My Life . I Smiled And Said How Do I choose between 4ever and always...

Remember fake friends wont send this back

.. but true ones will.

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.

...pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......


"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah kepada sahabat- sahabat anda.

§ 1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
§ 2-4 orang : Kamu sayang ibumu
§ 5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
§ 10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu


SAYANGILAH IBU ANDA SEPERTIMANA DIA MENYAYANGI ANDA ...

Tuesday, July 20, 2010

KAU KEKASIHKU


coretan ini adalah rekaan semata-mata untuk sesiapa yg sudah berkahwin atau yang single pown boleh baca untuk suka2..hehe..


hadirmu bagai sinar mentari pagi..menerangi lorong kelam lagi sunyi yang selama ini ku lalui..melenyapkan kedukaan yang bagai berkurun lama memenjara jiwaku dalam sepi...terasa kini,bahagia ada di mana-mana...hanya dirimu yang bertakhta dihati....

pandanglah ke dalam mataku...selamilah jauh hingga ke dasarnya...pasti yang akan kau lihat adalah rinduku terhadapmu...tapi,apakah getaran cinta yang meruntun hati hanya aku sahaja yang merasakannya???Zairi....hatimu sebenarnya untuk siapa?? mengapa kau terus membisu pada ketika aku amat yakin yang aku bukan berbayang seorang diri?? aku tahu cintaku berbalas...tapi,mengapa tak pernah sekali pun kau melafazkannya???

aku tahu perkahwinan bukan janji syurga....bukan janji bahagia,tapi sepenuh hati dan jiwa aku pertaruhkan...aku sangka kita berkongsi impian yang serupa dalam membina istana bahagia,tapi rupa-rupanya kehadiranku bagai tak bermakna apa-apa..reaksimu dingin dan beku...menghampakan..melontar diriku ke lembah duka nestapa..

ahhh lelaki ....apakah sememangnya dilahirkan untuk melukakan hati perempuan???? dan perempuan pula,selama mana harus membiarkan hati terus terluka???

to someone!!!!



syg,,,aku nak kau tahu isi hatiku yang sebenarnya padamu..sejak pertama kali aku ternampak wajahmu,hatiku mulai terpikat dengan gayamu.Dalam hatiku berkata "mungkin ini adalah permata yang aku cari selama ini".Tetapi,aku hanya simpan di dalam lubuk hatiku sampailah sekarang kau xtahu apa yang terbuku di hatiku.Syg....sepertimu bukan mudah nak dicari..aku telah lama menyayangimu dan mencintaimu.Tetapi,adakah aku hanya bermimpi ingin memilikimu??? Tidak!!!! aku nak kau jadi milikku juga.Aku ingin bersamamu hingga ke akhir hayatku..kalaulah engkau juga menyimpan hasrat yang sama sepertiku,alangkah bahagianya hidupku..kalaulah engkau tidak pernah menyimpan apa2 perasaan terhadapku,aku redha dan terima dengan ketentuan ilahi..mungkin engkau bukan untukku..syg...jika kau ingin tahu,setiap saat ku menunggu panggilan darimu.Percayalah..hanya air mata yang menemaniku setiap malam yang sunyi,hanya namamu menanti di bibirku ini,wajahmu sering bermain dimataku,senyumanmu membuatkan hatiku melayang-layang....siapakah yang menemaniku dikala ku kesedihan???adakah ada cahaya kebahagiaan diantara kita berdua???adakah hubungan yang terbina berakhir dengan kebahagiaan ataupun kesedihan???adakah cintaku hanyalah mimpi???adakah cintaku bertepuk sebelah tangan???sygggg...andai kau tahu warkah ini ku tulis untukmu,,,datanglah berjumpa denganku syg...aku amat mencintaimu dan menyayangimu...percayalah..